Tuesday, December 22, 2009

Bintang Hati

Semalam, seketika sebelum saya tidur, saya nampak bintang jatuh. Bintang, bukan tahi bintang. Bintang itu jatuh dari angkasa, meluru laju ke arah saya. Lalu bintang itu menembusi tingkap bilik saya dimana saya sedang membaca buku The Strangest Man.

Setelah itu, bintang itu masuk ke dalam mulut saya tatkala saya sedang menguap menanti lena datang menjemput. Bintang itu masuk ke dalam mulut saya, terus ke trakea dan menembusi hati saya. Malangnnya hati saya terlalu hitam, lalu bintang itu terperangkap di dalam hati saya.

Takdir. Barangkali inilah bintang hati.

Dan saya bukanlah bintang hati Amy Mastura

Wednesday, November 25, 2009

Berkorban

Selamat Hari Raya Aidil Adha
Selamat berkorban jiwa dan raga
Semuanya demi cinta...

Saturday, November 21, 2009

Empat

Jam 1 tengah hari saya menuruni tangga menuju ke kafe. Melissa sudah tercegat di situ. Entah berapa lama dia sudah di situ saya pun tidak tahu. Pilihannya adalah jus oren manakala saya memilih jus kelapa. Kami tidak menjamah makanan.

Melissa mula bersuara, "Mengapa kamu memilih untuk bekerja di sini?"

Saya diam. Agak lama kemudian saya membuka mulut, "Kerana saya suka menulis dan membaca. Bekerja di syarikat penerbitan memberi saya peluang untuk memahami diri."

"Sudah berapa lama kamu disini?", tanya saya.

"Agak lama, empat tahun. Dengan ijazah ekonomi, saya bernasib baik mendapat kerja disini tatkala krisis ekonomi melanda", khabar Melissa.

Krisis ekonomi rancangan kapitalis menyusahkan golongan rakyat marhean. Ada yg makan arang dan minum air longkang. Dan gadis seperti Melissa sangat bertuah kerana mendapat kerja sebagai pembantu setiausaha. Berbanding gadis lain, tergadai maruah di tempat-tempat pelacuran dan menjadi barang dagangan golongan elit. Saya juga bertuah kerana dapat mengenali Melissa.

Banyaknya persoalan yg datang tak kenal kasihan... Iwan Fals.

Tepat jam 1:45 petang kami beredar dari kafe ke pejabat. 45 minit kami berbicara. Sukar untuk saya menceritakan asal usul saya kepada orang lain kerana hati saya masih di dalam kelalang kon, disimpan di dalam kebuk wasap. Hati Melissa??

Saya fikir masih ada ruang-ruang vakum dalam hati Melissa. Siapa yg dapat memenuhinya?


Thursday, November 19, 2009

Tiga

Belum sempat saya melelapkan mata, telefon bimbit berdering. Satu pesanan masuk. "Seluar kamu sudah siap dijahit, boleh minta pada saya esok - Melissa". Balas saya, "Terima kasih". Saya merebahkan badan ke atas tilam dan terus lena hingga keesokan pagi.

Pagi itu.

Satu pesanan ringkas dalam inbox telefon yg saya tidak perasan semalam; "Takkan terima kasih saja - Melissa, 2:32am". Saya tidak ambil peduli. Terus ke dapur dan menyediakan sarapan pagi saya, secawan milo dan 2 keping roti. Zarah-zarah air bergetar rakus di dalam cerek air. Air panas sudah tersedia. 3 sudu milo, 2 sudu gula dimasukkan ke dalam cawan seramik. Dan ditambah dengan air panas. Gerakan Brown muncul di permukaan air sehingga semua campuran larut. (Milo, anda jadi segar dan sihat).

Di pejabat.

Sampai di pejabat ada satu bungkus plastik di atas meja. Nyata seluar saya sudah siap dijahit. Melissa yg lalu-lalang di koridor pejabat menjengah di bilik pejabat saya. "Macam mana," katanya.

"Macam mana apa?", saya kehairanan.

"Takkan terima kasih saja", sampuknya.

"Owh.. Hukum Newton Ketiga; setiap tindakan ada tindak balas yg sama magnitud tetapi bertentangan arah. Kamu nak apa?", tanya saya.

"Jumpa tengah hari nanti, di kafe di bawah," balasnya sambil berlalu pergi.

Photon-photon dari sang suria menembusi tingkap pejabat saya pagi itu. Hari yg sangat cerah di musim bunga. Pagi yg ceria, seceria wajah Melissa.

Tuesday, November 17, 2009

Dua

Seluar saya terkoyak di lutut. Saya bergegas ke mall berdekatan, mencari perkakas untuk menjahit. Masalahnya saya tidak tahu bagaimana mahu mematikan jahitan itu. Melissa baru datang dari kafe berdekatan dan bertanya, "Buat apa tu?".

"Basuh baju", kata saya. Sudah nampak, bertanya pula bisik hati saya.

"Mana ada orang basuh baju dalam pejabat. Tak ada baldi, tak ada sabun, tak ada air," balasnya.

"Owh, akhirnya Tuhan memberi kamu pencerahan", kata saya.

"Berikan pada saya dan jika berkesempatan saya akan jahit seluar kamu dan pulangkannya pada keesokan hari", sambung Melissa.

Mujur Encik Fourier mengupah seorang gadis menjadi pembantu peribadi. Ramai juga kakitangan pejabat nendapat untung. Terfikir juga saya mengapa wanita secantik Melissa masih single. Ataupun mungkinkah hati dia sama seperti hati saya, pecah berderai dan disimpan di dalam kelalang kon sebelum dikitar semula. Atau mungkin juga dia seperti gas-gas adi (inert gas) yang lebih suka bersendiri.

Satu

Selalunya pelangi muncul di petang hari. Namun hari itu dia muncul di awal pagi. Entah kegembiraan apa yg mengheretnya ke dada langit. Dan saya seusai minum milo panas, memulakan kayuhan basikal menuju ke tempat kerja. Ya, kami menyahut seruan parti hijau yang mahu alam sekitar bersih; sekurang-kurangnya meminimumkan pencemaran.

Pagi itu saya kakitangan pejabat terawal tiba di tempat kerja. Mungkin yang lain masih tersangkut dalam kesesakan lalulintas, dan mungkin juga terlena di atas pangkuan stereng kereta. Zarah-zarah udara menari keriangan tatkala mentari memancarkan gelombang elektromagnetiknya ke permukaan bumi. Saya memanaskan air didalam microwave (ketuhar gelombang mikro).

Di atas meja bersepah dengan artikel-artikel terbitan JACS. Saya tersenyum memandangnya. Dihadapan saya ada tiga benda. Artikel/jurnal, milo panas, dan sebuah jam. Pukul 10, Encik Fourier mula memasuki pejabat.

Hati saya berhasad di pagi itu.

"Wah, sudah potong rambut. Smart".

Saturday, September 12, 2009

Tiada lagi

bergembiralah kerana Syawal bakal menjelma,
dan kita masih berdosa,
biarpun melewati 100 Ramadhan,
dan untuk kamu,
terpesona dalam rindu.


* Selamat berangkat pulang