Saturday, November 21, 2009

Empat

Jam 1 tengah hari saya menuruni tangga menuju ke kafe. Melissa sudah tercegat di situ. Entah berapa lama dia sudah di situ saya pun tidak tahu. Pilihannya adalah jus oren manakala saya memilih jus kelapa. Kami tidak menjamah makanan.

Melissa mula bersuara, "Mengapa kamu memilih untuk bekerja di sini?"

Saya diam. Agak lama kemudian saya membuka mulut, "Kerana saya suka menulis dan membaca. Bekerja di syarikat penerbitan memberi saya peluang untuk memahami diri."

"Sudah berapa lama kamu disini?", tanya saya.

"Agak lama, empat tahun. Dengan ijazah ekonomi, saya bernasib baik mendapat kerja disini tatkala krisis ekonomi melanda", khabar Melissa.

Krisis ekonomi rancangan kapitalis menyusahkan golongan rakyat marhean. Ada yg makan arang dan minum air longkang. Dan gadis seperti Melissa sangat bertuah kerana mendapat kerja sebagai pembantu setiausaha. Berbanding gadis lain, tergadai maruah di tempat-tempat pelacuran dan menjadi barang dagangan golongan elit. Saya juga bertuah kerana dapat mengenali Melissa.

Banyaknya persoalan yg datang tak kenal kasihan... Iwan Fals.

Tepat jam 1:45 petang kami beredar dari kafe ke pejabat. 45 minit kami berbicara. Sukar untuk saya menceritakan asal usul saya kepada orang lain kerana hati saya masih di dalam kelalang kon, disimpan di dalam kebuk wasap. Hati Melissa??

Saya fikir masih ada ruang-ruang vakum dalam hati Melissa. Siapa yg dapat memenuhinya?


No comments:

Post a Comment